

|
Holla !
Talk Station ! Big Claps ! Template: Ana Min-Ji Basecode: Aina Syaza Header: mrsBaekYeol Others: ▲▲▲ |
surat untuk diri sendiri
untuk mir, menjadi kuat itu adalah satu pilihan yang sentiasa perlu kau pilih, walaupun tak semua orang sayangi diri kita, walaupun kadang kewujudan kita seperti tiada harga, walaupun manusia menganggap kau sebagai pilihan kedua, kuat mir. setiap daripada jiwa manusia itu seperti bunga, yang perlu dilayan dengan cinta dan kelembutan, jadi, jangan pernah layan orang lain dengan kebencian. kalau bukan kerana mereka baik , itu adalah kerana diri kita sendiri. setiap apa yang kita rasa, manusia tak perlu tahu. kita yang merasa, kita mencorakkan hidup kita, kita yang membuat pilihan. selagi kau mampu bersabar, bertahan lah disitu, aku harap kau sentiasa akan memilih cinta dan kelembutan, walaupun apa yang kau terima cuma kebencian dan penolakan. kerana apa akhirnya mereka akan sedar-- mereka tetap ada kamu , dalam setiap susah senang mereka. jangan biar orang lain merasa, apa yang kita rasa. itu sakit |