

|
Holla !
Talk Station ! Big Claps ! Template: Ana Min-Ji Basecode: Aina Syaza Header: mrsBaekYeol Others: ▲▲▲ |
memang susah pun nak jadi kuat.
dan malam itu aku cuba mencari damai, tenangkan hati aku yang berkecamuk yang disiat sesuka. tapi bila difikir, mungkin salah aku juga. manusia ni, memang banyak salah, kotor, cacatnya kau juga sama aku pun sama. dan ironya, kita manusia kita buat dosa yang sama. mungkin harini aib kau terjaga. harini, kau hina dia sehina hinanya. tapi untuk esok lusa, aku tak jamin, mungkin kau ada bawah kakinya dia. mengemis ucapan maaf dari insan yang sama kau hina. kau tuduh dia macam macam, kau hukum ikut penilaian emosi durja terima kasih kerana robek dan matikan terus hati dia. cuba tanya. bukan terus mencela. dan untuk si dia yang sedang mengesat air mata, berhenti. beritahu tuhan apa masalahnya, menangis lama lama sampai terlena mungkin ya, ini teguran tuhan melalui dia. kau kena terima. kau juga ada lemahnya. . tapi bila kau depan dia. kau bisik dalam hati sendiri " aku lebih hebat daripada dia" :') -mirrr 030416 1020 |