Holla !
Talk Station ! Big Claps ! Template: Ana Min-Ji Basecode: Aina Syaza Header: mrsBaekYeol Others: ▲▲▲ |
definisi istimewa
untuk engkau,kamu tak perlu datang dalam hidup aku, seterusnya buat aku rasa semacam istimewa. kau tak perlu balas semua mesej mesej aku dengan keterujaan pada mulanya, kau tak perlu khabarkan kepada dunia tentang kita. kau tak perlu ceritakan semua dongengan kau pada aku, kau tak perlu mulakan semua itu pun, tapi kenapa kau memilih untuk mulakan. kerana pada akhirnya-- kau sama sahaja seperti manusia manusia lain, datang menjengah, lalu biarkan aku tergantung. kau buat aku rasa sepertinya aku ini bebanan dalam hidup kau. kau buat aku selalu untuk cari tahu tentang khabar kau, kau buat aku berperang dengan diri sendiri-- sama ada untuk pergi atau terus ada. tapi untuk kisah yang satu ini, aku mahu diam, aku ceritakan tentaang engkau pada tuhan, baik buruk kau, apa yang aku rasa, kau tarik semua nyawa jantung aku. entahlah, aku sudah penat. moga akhirnya -- tuhan berikan kita yang terbaik. surat untuk diri sendiri
untuk mir, menjadi kuat itu adalah satu pilihan yang sentiasa perlu kau pilih, walaupun tak semua orang sayangi diri kita, walaupun kadang kewujudan kita seperti tiada harga, walaupun manusia menganggap kau sebagai pilihan kedua, kuat mir. setiap daripada jiwa manusia itu seperti bunga, yang perlu dilayan dengan cinta dan kelembutan, jadi, jangan pernah layan orang lain dengan kebencian. kalau bukan kerana mereka baik , itu adalah kerana diri kita sendiri. setiap apa yang kita rasa, manusia tak perlu tahu. kita yang merasa, kita mencorakkan hidup kita, kita yang membuat pilihan. selagi kau mampu bersabar, bertahan lah disitu, aku harap kau sentiasa akan memilih cinta dan kelembutan, walaupun apa yang kau terima cuma kebencian dan penolakan. kerana apa akhirnya mereka akan sedar-- mereka tetap ada kamu , dalam setiap susah senang mereka. jangan biar orang lain merasa, apa yang kita rasa. itu sakit cerita aku
kalau boleh , aku teringin nak baca apa yang kau dah tuliskan untuk aku wahai tuhan. Satu dua muka surat pun jadi. supaya aku tahu pengakhiran hidup aku. Supaya aku tahu apa yang aku usahakan akhirnya berbaloi. Supaya aku invest energy dan masa aku at the right place. Supaya aku tahu, bila nak let go dan bila nak hold on. But whats the fun right ? Nanti hilang elemen kejutan dalam hidup kalau dah tahu semua benda, Nanti aku sampai bila bila tak akan mahir dengan decision making sebab dah tahu nak pilih apa. Lagipun macamana nak belajar kalau tak buat silap. Wahai tuhan, aku tahu dah lama buku kehidupan aku siap ditulis. Wahai Ar-Rahman, aku tahu kau tulis buku kehidupan aku dengan penuh kasih sayang. Cuma apa yang aku pinta, berikan aku kekuatan untuk jalani cerita yang dah kau tuliskan :') mirrr 260518 2351 puisi untuk orang yang sedang jatuh
tuhan, bila aku jatuh, titipkan pada sang bulan semangat untuk aku. tuhan, bila aku jatuh, pesan pada bintang agar dia lebih bercahaya malam itu untuk menenangkan malam malam aku. tuhan, bila aku jatuh, beritahu pada angin, agar dia tiupkan aku zikir zikir cintamu supaya aku sedar. tuhan, bila aku jatuh, bisik pada hati aku. yakinkan ia. bahawa QadrMu jauh lebih baik daripada apa yang aku mahu. mirrr 260518 2338 buta
aku rasa , memang betul orang kata ,
chenta itu buta .
buta itu kerana,
lemahnya dia kau sentiasa nampak dia tetap sempurna ,
meski beribu manusia lain cakap dia dustakan kau ,
kau tetap kata tidak , hatinya dia tetap kau punya .
kau tahu ,
hidup ini pilihan ,
untuk tinggalkan atau terus mencintai dia , itu pilihan kau
tapi aku bilang kau awal-awal ,
jangan jadi dungu sebab cinta ,
kau berharga ,
jangan serahkan segalanya ,
jangan nanti nanti kau menangis cari sejadah sebab buat benda yang allah murka .
cuba duduk , fikir ,
seriously dia boleh bimbing aku sampai syurga ?
cinderella.
kata orang , menjadi cinderella tu impian paling agung seorang perempuan. hidupnya cuma penuh dengan batang batang ros yang jatuh daripada langit . hujan pun dititiskan olehnya mutiara mutiara indah dari permata . dan matahari yang tak pernah lelah memancarkan hikmatNya. aku kata : pasti . tapi hakikatnya cinderella itu sendiri punya 1001 cerita pedih, derita dan merananya dia. tapi cinderella itu bangkit dari mimpi ngeri itu . dan berani , mengejar impiannya. kita selalu melihat aspek kejayaan seseorang tu tanpa keinginan yang kuat untuk mengetahui 'struggle' nya dia untuk mencapai apa yang dia ada sekarang. jadi , untuk bakal bakal cinderella masa hadapan , jangan berhenti mengejar pelangi yang kita puja . impian kita . bangkit daripada derita sekarang . mulakan langkah pertama ! jangan gentar . cuba awak bayangkan, sampai bila awak nak hidup macam tu, hidup macam puaka. sampai bilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa (ops over pulak haha sorry) dan yang paling penting ! jadilah cinderella ummah yang berharga . jaga aurat kita . jagapergaulan . iman kita. hubungan kita dengan ibu bapa .hubungan kita dengan tuhan . maruah kita . harga diri kita . cinta cinderella tu tak mudah boleh dapat tau ! mahalkan diri kita sebagai perempuan. trust me, if it is mean to be, it will be . keep inspiring . cuba teliti kisah kisah para bidadari dunia yang agung mcm saidatina aisyah , saidatina khadijah , asma' binti abu bakar , masyitah dan asiah . sumpah weyh . tu lah cinderella yang sebenar benarnya tau ! xoxo, mirrr 1920 180217 pimpin
hari ini,aku lihat hagia sophia bercahaya, sebuah matahari jatuh disitu, tapi sayang sejuta sayang, ia hanya dalam satu potret maya, yang aku jumpa dalam sujud chenta, ketika bertemu pencipta. dan disaat korneaku memfokuskan kamu, angin pun lumpuh. awan jadi kaku. tunggu aku di constantinople, tunjukkan aku matahari di Hagia Sophia, kita akan berpimpinan tangan, menuju ke cahaya damai itu mir 1047 150916 |